Friday 29 November 2013

S.I.N.T.O.K


Tiada kerjaya tanpa usaha yang gigih. Namun tanpa doa dari orang sekeliling terutamanya ibu dan bapa mustahil kejayaan pada hari ini akan tercapai. Bumi SINTOK adalah bumi yang penuh dengan ilmu kerana di sini terletaknya sebuah universiti pengurusan yang terkemuka iaitu Universiti Utara Malaysia.

Sunday 17 November 2013

Kau Satu dalam Seribu...

Fizikal dan kecantikkan yang sempurna menjadi idaman setiap individu. Namun, kesempurnaan dan kelebihan yang kita miliki bukanlah syarat untuk mencapai kejayaan, manakala kecacatan fizikal dan kekurangan diri pula bukan penghalang untuk memetik kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang 'mereka' kecapi pada hari ini telah membuka mata dunia bahawa kekurangan yang mereka miliki bukanlah penghalang untuk berjaya di dalam kehidupan, bah kan individu yang dilahirkan secara normal dan cukup sifatnya masih tidak mampu mencapai kejayaan seperti insan yang unik dan hebat ini. Berikut adalah 10 insan yang terhebat di mata dunia serta menjadi inspirasi dunia kerana semangat kentalnya untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

1. Nick Vujicic
Sejak dari lahir jejaka ini telah mengidapi penyakit yang jarang ditemui iaitu Sindrom Tetra-Amelia. Nick Vujicic tidak mempunyai keempat-empat anggota badannya iaitu sepasangan tangan dan sepasang 
kaki. Namun kecacatannya bukanlah penghalang kerana pada usianya 17 tahun, beliau telah membuktikan pada masyarakat bahawa beliau boleh melakukan pelbagai perkara dengan sendirinya. Kejayaan demi kejayaan diperolehi sehingga beliau telah menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan 
sebagai "Life Without Limbs". Selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Perancangan Perakaunan
dan Kewangan, beliau mula menjadi penceramah motivasi yang berskopkan makna kehidupan, kurang
upaya dan harapan.
"Just because I was born with no
arms and no legs, doesn't mean I can't accomplish
great things"- Nick Vujicic
2. Jessica Cox
Kelahiran semulajadi tanpa sepasangan tangan menyebabkan Jessica Cox cacat seumur hidupnya. Namun kecacatan fizikal yang dimiliki oleh beliau tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi juruterbang pertama yang menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan kaki. Jessica juga memiliki tali pinggan hitam dalam seni mempertahankan diri tekwando dan juga merupakan graduan dalam bidang psikologi. Kelebihan lain yang dimiliki oleh Jessica Cox ialah beliau mampu menaip 25 patah perkataan dalam masa hanya seminit dengan menggunakan kakinya. Kini beliau berkecimpung dalam dunia penceramahan motivasi.

"Never allow your fear to stand in the way of oppurtunity"
3. Patrick Henry Hughes
Seorang pemuda yang dilahirkan  pada 10 Mac 1988 yang menghidapi penyakit anophthalmia dua hala dan displasia pinggul. Selain itu, beliau juga adalah seorang yang buta dan lumpuh sebahagian badan. Beliau mendapat pendidikan di University of Louisville. Uniknya pemuda ini beliau seorang pemuzik yang mempunyai bakat yang boleh memainkan pelbagai alat muzik. Pada usianya seawal sembilan tahun beliau telah diperkenalkan oleh bapanya dengan piano. Bakatnya terserlah apabila beliau telah memainkan trompet dalam Louisville Marching Band dan selepas hari tersebut beliau sering dijemput bagi membuat persembahan di seluruh negara


“At the end of the day, can you look back and say to yourself, "Today, my mother would be proud of me because I gave it all I had"? If you can, you will have had a very good day. And if you can do this every day, you will have a very good life.”



4. Stephen Hawking
Teori Revolusi yang diperkenalkannya telah mengubah dunia. Stephen Hawking lumpuh keseluruhan tangan, kaki dan suara. Namun, pemikiran genius yang dimiliki olehnya telah mengubah nasib dirinya apabila beliau telah berjaya berjaya mencipta sesuatu yang berguna untuknya. Ciptaan yang dimaksudkan ialah, beliau telah berjaya berhubung dengan komputer yang beroperasi dengan suis kelipan inframerah dan disambungkan dengan kerusi rodanya. Stephan Hawking juga merupakan ahli kosmologi yang terkenal dan merupakan ahli terhormat Persatuan Diraja Sastera sert dikagumi oleh pakar-pakar teknologi berkaitan dengan karyanya iaitu keajaiban gravitivi lubang hitam.
“The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge.” 
5. Halen Keller
Kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah atas usahanya sendiri. Halen Keller merupakan seorang yang bisu dan pekak yang menjadi individu pertama mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera. Selain itu, beliau juga seorang ahli Parti Sosialis Amerika. Halen juga seorang pengarang 12 buah buku dan pemenang Pingat Presiden Kebebasan.
"I am only one, but still I am one. I cannot do everything, but still I can do something; and because I cannot do everything, I will not refuse to do something that I can do".


6. Ludwig Van Beethoven
Lagu 'Beethoven' adalah hasil ciptaan Ludwig Van Beethoven sendiri. Ludwig juga dikenali sebagai komposer muzik romantik dan klasik yang terkenal. Semasa usianya masih kecil, beliau mempunyai masalah pendengaran dan menyebabkan beliau kini menjadi pekak. Sungguhpun begitu, kekurangan yang dimiliki olehnya bukanlah halangannya untuk berkarya. Kini beliau telah berjaya memperkenalkan okestra simfoni atas usahanya sendiri.

“Nothing is more intolerable than to have admit to yourself your own errors.”

7. Sudha Chandran
Sudha Chandran adalah seorang penari yang hebat di Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India. Pada tahun 1981, kaki kanan Sudha Chandran telah mengalami 'gangren' dan beliau kini berkaki palsu. Namun semangat dan minatnya dalam bidang tarian menyebabkan beliau masih menceburi bidang tarian walaupun berkaki palsu. Beliau juga dikenali kerana persembahan yang mengagunkan dalam filem-filem dan siri televisyen India.




8. Randy Pausch
Beliau merupakan seorang Profesor Sains Komputer di Universiti Carnegie Melton. Namun beliau adalah seorang penghidap penyakit kanser pankreas. "Really Achieving your Chilhood Dreams" adalah tajuk ceramahnya yang popular berlangsung di Auditorium CMU pada 18 September 2007. Kejayaanya terserlah apabila beliau berjaya menarik minat berjuta-juta penonton di internet serta media antarabangsa. Selain itu, ceremahnya juga telah diterjemahkan kepada 36 bahasa yang berbeza dan diadaptasikan ke dalam bentuk buku.

“The key question to keep asking is, Are you spending your time on the right things? 
Because time is all you have. ”

9. Sean Swarner
Seawal usianya 13 tahun, Sean Swarner telah disahkan menghidapi penyakit 'hodgkin'. Manakala pada ketika usianya mencecah 15 tahun, beliau disahkan pula mengidap penyakit 'sarcoma askin'. Walaupun beliau disahkan mengalami dua jenis kanser peringkat kematian, semangat kental melawan penyakit yang dihidapi dengan menawan Gunung Everest dan menjadi pesakit kanser yang pertama mendaki Gunung Everest. 




10. Liz Murray
Elizabeth Murray dilahirkan pada 23 September 1980, anak kepada pasangan penagih dadah. Pada usianya 15 tahun, ibunya telah meninggal dunia akibat AIDS manakala bapanya pula dipindahkan ke tempat perlindungan. Keadaan ini menyebabkan dirinya terpaksa merempat di kerusi-kerusi aman dan berlindung di bawah jambatan. Namun, keunikkan gadis ini ialah beliau tidak pernah sesekali melepaskan peluang untuk membaca encyclopedia yang dikutipnya daripada tong sampah. Usaha keras serta dorongan yang berterusan beliau telah berjaya menempatkan dirinya di University Havard. Kini beliau seorang penceramah terkenal dan pengarah bagi sebuah syarikat.


" Many nights, I longed for home. But it occured to me as I strunggled for a feeling of comfort and safety: I have no idea where is home"



Kesimpulannya, manusia yang hebat seperti yang dinyatakan diatas bukanlah seorang individu yang mmpunyai latar belakangyang gah dan hebat, akan tetapi minat, dorongan diri serta usaha yang berterusan  merupakan kunci kejayaan mereka pada hari ini. Istilah berputus asa tiada dalam kamus hidup mereka. Sentiasa mencari peluang dan ruang untuk mengubah kehidupan dan nasib diri sermain-main dalam pemikiran mereka sehinggakan kini mereka bergelar insan yang satu dalam seribu.

Sumber: Majalah Remaja yang bertarikh 1 Okt 2013 Bil: 651

                                                                                                                                                                                                                               





Thursday 7 November 2013

Kerjaya Dan Cabaran

Mencecah umur 6 tahun pasti sudah ditanya akan cita-cita apabila dewasa kelak. Pasti terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang keluar dari mulut si kecil. Mendapatkan pekerjaan yang bagus bukan lah suatu yang mudah tetapi ianya tidak mustahil. Usaha yang kuat dan tidak cepat berputus asa merupakan kunci kepada sesuatu kejayaan.
Melanjutkan pelajaran ke universiti juga merupakan cita-cita yang diimpikan oleh setiap individu. Saya juga tidak terkecuali mempunyai cita-cita yang sama dengan individu yang lain dan akhirnya saya di terima untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah dalam bidang komunikasi. Bidang komunikasi yang ditawarkan di UUM tidak hanya tertumpu kepada bidang kewartawanan semata-mata. Saya memilih komunikasi organisasi sebagai bidang yang akan saya tumpukan bermula daripada semester ke-4 sehingga semester ke-7.
Bekerja dalam bidang yang diceburi semasa pengajian menjadi impian setiap graduan. Begitu juga dengan saya yang mengikuti pengajian dalam bidang komunikasi organisasi mengimpikan bekerja di syarikat-syarikat multinasional sebagai seorang pengurus. Namun tidak semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan kerana jika dilihat graduan-graduan yang menganggur semakin hari semakin bertambah. Fakta ini merupakan salah satu cabaran yang perlu saya tempuhi jika saya menginginkan salah satu tempat di syarikat-syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah juga merupakan cabaran bagi saya dimana graduan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik serta memiliki kebolehan berbahasa asing merupakan kredit tambahan bagi seseorang graduan yang memohon pekerjaan tersebut.

Perancangan dan persiapan yang rapi perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Kebolehan semulajadi membantu meningkatkan nilai tambah seseorang graduan bagi melayakkan individu tersebut mendapat pekerjaan yang dipohon.



Matlamat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M): Tercapai atau Tidak?

Gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd Razak yang berpaksikan prinsip ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Prinsip ini memberikan gambaran kepada masyarakat Malaysia bahawa dalam apa perkara sekalipun rakyat tetap di beri perhatian dahulu. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyedia pelbagai kemudahan kepada rakyat Malaysia. Antara kemudahan yang didapati melalui gagasan 1Malaysia ialah perumahan penjawat awam 1Malaysia, kedai buku 1Malaysia, baucar buku 1Malaysia (BB1M), menu 1Malaysia, kedai rakyat 1Malaysia, taska 1Malaysia, klinik 1Malaysia serta pelbagai lagi kemudahan yang telah kerajaan sediakan untuk rakyat.
Setiap lapisan masyarakat di Malaysia layak menerima serta menggunakan kemudahan 1Malaysia yang telah di rangka oleh kerajaan. Kemudahan tersebut tidak hanya disediakan kepada golongan masyarakat dewasa, bahkan para pelajar di sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pelajar IPTS/IPTA juga disediakan bantuan. Bantuan yang diterima adalah bantuan dari segi baucar buku atau dikenali sebagai baucar buku 1Malaysia (BB1M). Pemberian baucar buku ini juga dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Namun, adakah pemberian baucar buku ini di gunakan sebaik mungkin oleh pelajar mengikut garis panduan yang telah kerajaan tetapkan? Mungkin sebahagian pelajar mengikut tatacara penggunaan baucar buku iaitu pelajar hanya di benarkan membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Para pelajar lebih berminat untuk menukarkan baucar buku ke dalam bentuk wang tunai berbanding membeli buku ilmiah. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak membeli bahan bacaan ilmiah akan tetapi lebih gemar membeli bahan bacaan berbentuk novel, majalah hiburan atau komik untuk menghabiskan baucar buku. Seharusnya sebagai seorang pelajar, kita hendaklah menggunakan pemberian baucar buku dengan perkara yang bermanfaat kepada diri sendiri.

Tuesday 22 October 2013

Guru Penggerak Transformasi Pendidikan


Pendidikan penting bagi seseorang individu. Bahkan setiap negara mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri yang mengikut kesesuaian persekitaran sesebuah negara. Perkembangan pembangunan yang pesat telah memaksa kerajaan untuk bertindak dengan lebih pantas agar Malaysia tidak ketinggalan dengan negara-negara lain terutamanya dari segi pendidikan. Maka, barisan kepimpinan telah melakukan transformasi pendidikan dengan memperkenalkan ‘Goverment Trasformation Programme’ (GTP).
Pelan transformasi pendidikan tidak akan berjaya jika tiada komitmen daripada guru dan pemimpin sekolah. Terdapat beberapa pembaharuan dalam profesion keguruan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam GTP. Antaranya ialah kerajaan telah mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Kementerian bercadang akan melaksanakan 'pakej kerjaya guru' baharu dalam beberapa fasa. Pakej ini merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu, membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas.
Pemimpin sekolah juga merupakan individu yang penting dalam melaksanakan transformasi pendidikan ini. Kementerian akan memastikan setiap sekolah akan mempunyai seorang pengetua/guru besar berkualiti tinggi dengan dibantu pasukan kepimpinan pertengahan. Kementerian memperkenalkan pakej kerjaya baharu kepimpinan sekolah dengan memperkukuh kaedah pemilihan, latihan dan pemberian ganjaran untuk pengetua/guru besar. Pemilihan pengetua/guru besar lebih ketat berbanding sebelum ini. Manakala urusan seperti kenaikan pangkat, kriteria pemilihan pengetua/guru besar baharu di Malaysia lebih berasaskan tempoh perkhidmatan berbanding kompetensi.
Terdapat pelbagai trasformasi pendidikan yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan setiap wargenegara yang layak akan mendapat pendidikan yang berkualiti. Selain itu, kerajaan memperkenalkan sistem pendidikan yang baru agar negara mampu melahirkan warganegara yang berkualiti menjelang tahun 2020.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025